| Adakah Barah pundi kencing lazim dialami? Di Malaysia, lebih daripada 534 orang telah  didiagnosis menghidap barah jenis ini setiap tahun. Barah pundi kencing  lazimnya dihidapi oleh mereka yang berumur 55 tahun ke atas dan lebih  dua kali ganda menyerang lelaki berbanding wanita.
 Barah pundi kencing jarang dijumpai pada lelaki dan wanita di  bawah umur 40 tahun. Gejala paling biasa ialah hematuria (darah di dalam  kencing). Ini biasanya berlaku tiba-tiba dan tidak menyakitkan. Darah  ini mungkin hadir pada suatu hari tetapi hilang keesokannya. Kadang-kala  gumpalan-gumpalan darah boleh terbentuk. Dan ini mungkin menyebabkan  kekejangan otot di dalam pundi kencing. Kadang kala darah hadir dalam  jumlah yang mikroskopik (tidak dapat dilihat dengan mata kasar). barah  pundi kencing selalunya dikesan "secara tidak sengaja" melalui  ujian-ujian rutin. Sesetengah orang mungkin merasa pijar semasa mereka  membuang air kecil dan perlu membuang air selalu.
 
 Jika gejala ini berterusan dan tidak hilang setelah mengambil  antibiotik, ujian-ujian lanjut mungkin diperlukan. Jika anda melihat  sebarang darah di dalam kencing, anda harus dapatkan pemeriksaan doktor  dengan segera.
 
 untuk maklumat lanjut klik Barah pundi kencing
 |