loV3

loVv


Thursday, October 6, 2011

Barah Pundi Kencing

Barah Pundi Kencing



Adakah Barah pundi kencing lazim dialami?

Di Malaysia, lebih daripada 534 orang telah didiagnosis menghidap barah jenis ini setiap tahun. Barah pundi kencing lazimnya dihidapi oleh mereka yang berumur 55 tahun ke atas dan lebih dua kali ganda menyerang lelaki berbanding wanita.

Barah pundi kencing jarang dijumpai pada lelaki dan wanita di bawah umur 40 tahun. Gejala paling biasa ialah hematuria (darah di dalam kencing). Ini biasanya berlaku tiba-tiba dan tidak menyakitkan. Darah ini mungkin hadir pada suatu hari tetapi hilang keesokannya. Kadang-kala gumpalan-gumpalan darah boleh terbentuk. Dan ini mungkin menyebabkan kekejangan otot di dalam pundi kencing. Kadang kala darah hadir dalam jumlah yang mikroskopik (tidak dapat dilihat dengan mata kasar). barah pundi kencing selalunya dikesan "secara tidak sengaja" melalui ujian-ujian rutin. Sesetengah orang mungkin merasa pijar semasa mereka membuang air kecil dan perlu membuang air selalu.

Jika gejala ini berterusan dan tidak hilang setelah mengambil antibiotik, ujian-ujian lanjut mungkin diperlukan. Jika anda melihat sebarang darah di dalam kencing, anda harus dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.


untuk maklumat lanjut klik Barah pundi kencing