loV3

loVv


Tuesday, November 29, 2011

PuRPle Nya Cinta....



Hendak ku sukat air madu,
dari guri ke dalam loyang,
semakin dekat semakin rindu,
saban hari semakin sayang..


Alhamdulillah.....
semua yang dirancang berjalan lancar,
besyukur kepada Allah swt kerana semuanya baik,
apa yang diharapkan akan dipermudahkan segala urusan seterusnya
pada tahun hadapan,sekarang persediaan untuk berlangsungnya majlis.
Allhamdulillah.....

Monday, November 14, 2011

Segar Bugar...hahaha


Khasiat Dan Kelebihan Mandi Wap

~ Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.
~ Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar.
~ Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury
~ Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll.
~ Meningkatkan sistem kardiovascular
~ Menghilangkan tekanan dan perehatan otot
~ Melancarkan peredaran darah
~ Meningkatkan sistem immunisasi badan
~ Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki
~ Adakah anda prihatin tentang berat badan dan kesihatan anda??

Friday, November 11, 2011

sudah pening!!!!!!!!!!!


Pemilihan Warna untuk tema hari yang di nanti.....pening juga memikirkan warna yang cantik dan terbaru untuk tahun 2012 nie,..aku dah berkenan pulak kaler teal(abang kepada biru turqoise )cantik,dah berkenan dah nie,butik mana ada kaler nie?adoyai!!!!susah!!!!poning kepala den!!! picture kat sebelah nie amek inspirasi dari blog jumiesamsudin, thanks share,baru dapat ilham untuk cari tema...heee

Thursday, November 10, 2011

HAri Aku

27 November 2011

tingal lagi 17 hari untuk membuat persiapan

1~Catering dan khemah
siap ditempah oleh ibu..nyam2 nasi beriani untuk 100 orang jew

2~Hantaran
digubah oleh sepupu dengan jumlah hantaran dari pihak lelaki 5dulang di balas 7 dulang dari pihak perempuan...

3~Baju Tunang dan Make up
Siap booking dekat Gent's Great Idea bersama make up

4~Pelamin
Sendiri bikin oleh sahabat kesayangan Kakcik,Thanks dear

5~Doorgift
tengah mancari-cari lagi manisan yang akan diberi,paper beg dah ada


erm apa lagi arrr...risau pun ada juga,asyik fikir jew tentang majlis ni..adoyai!!!!

Wednesday, November 2, 2011

hari -hariku

hari ke-5

breakfast~ bihun separuh wif fish cake+air suam

lunch~nasi campur + air suam

Dinner~?

camne nak sihat,kuat dan cantik ?hahaha

Thursday, October 6, 2011

Barah Pundi Kencing

Barah Pundi Kencing



Adakah Barah pundi kencing lazim dialami?

Di Malaysia, lebih daripada 534 orang telah didiagnosis menghidap barah jenis ini setiap tahun. Barah pundi kencing lazimnya dihidapi oleh mereka yang berumur 55 tahun ke atas dan lebih dua kali ganda menyerang lelaki berbanding wanita.

Barah pundi kencing jarang dijumpai pada lelaki dan wanita di bawah umur 40 tahun. Gejala paling biasa ialah hematuria (darah di dalam kencing). Ini biasanya berlaku tiba-tiba dan tidak menyakitkan. Darah ini mungkin hadir pada suatu hari tetapi hilang keesokannya. Kadang-kala gumpalan-gumpalan darah boleh terbentuk. Dan ini mungkin menyebabkan kekejangan otot di dalam pundi kencing. Kadang kala darah hadir dalam jumlah yang mikroskopik (tidak dapat dilihat dengan mata kasar). barah pundi kencing selalunya dikesan "secara tidak sengaja" melalui ujian-ujian rutin. Sesetengah orang mungkin merasa pijar semasa mereka membuang air kecil dan perlu membuang air selalu.

Jika gejala ini berterusan dan tidak hilang setelah mengambil antibiotik, ujian-ujian lanjut mungkin diperlukan. Jika anda melihat sebarang darah di dalam kencing, anda harus dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.


untuk maklumat lanjut klik Barah pundi kencing

Monday, September 26, 2011

19 hadith mengenai wanita


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

wanita hiasan dunia


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan".

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak- anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Thursday, September 22, 2011

butterFLY

















Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

luvly Bff


kak nana tengah berdebat tentang isu apa xtau ler....
dengan tangan naik,nasib baik kaki xnaik juga...
ada paparazi tangkap gambar nie....
tengah santap hidangan,sambil berdebat...
setia bersama PC nya,makan pun tak tgl jauh-jauh....

Monday, September 12, 2011

15 SyaWAl 1432 hijrah

Assalamualaikum....

Dah 15 HaRI kita memasuki BULan SYawaL....AlhamdUlLilLah BAru aDA kEsemPAtaN UNtuk UPdate BloG ni.....tAK terLAmBAT laGi UNtuk meNGucapKAn SeLAmat HArI RAya AiDIlFitri MAaf ZAhiR DaN BaTIn

RasaNYA RAya TAhun Ni tAk BerjalaN keMAna-maNA cuMA MeLAyan TeTAmu YanG DatANg KerUMah Jew...TAk seMPat Nak BerKUNjunG Ke RumAH KenGkaWAn,MAaf laH yer....

SEronOK TAhun NIe seBAb RamaI yaNG DAtang RUmah,Tak TerLAyan LAk...TAk SAngka RAmaI yaNG daTang...SeroNOK....

Saturday, August 6, 2011

BulaN RaMAdhaN BuLAn MuLiA

n
sudah 8 hari kita menahan nafsu dari lapar dan dahaga,
bulan ramadhan bulan mulia,
berpuasa dengan penuh kesabaran,
bulan memperbayakkan amal ibadat,
bulan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t,
beribadah malam dan siang berpuasa ,
banyakkan membaca al-Quran dan ,
banyakkan lah sedekah moga ia
menjadi penebus dosa,pahala diganda
bulan ramadhan bulan yang berkat
bulan rahmat bulan yang utama
pahala digandakan, doa diterima
bulan lailatullqadar yang istimewa
isilah bulan ini , banyakkan amalan
selamat berpuasa



Wednesday, July 6, 2011

loV3

Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan
Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu





Nothing’s gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
The world may change my whole life through but
nothing’s gonna change my
love for you





Kasih, kenanganku Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Monday, July 4, 2011

berakhirnya epilog cinta luka


tak tahulah andai cinta ku ni buta
tersesat dalam cinta sendiri
cinta yang digalang kuasa
nafsu mahu menjadi raja

namun disebalik keburukan yang ada
dan diam mu tidak banyak kata
dan setitis peluh di dahi yang sempat ku lihat
buat ku berfikir juga

kekasih,
tika kau senyum penuh makna
aku tergoda
tapi pakaian malu ku masih gah di singahsana
kau pinta aku mengerti
jangan terlalu memaksa
aku mahu kau memahami
tak baik bertangguh lama
andai kita begini berduaan
pihak ketiga menunjuk jalan

kekasih,
bila kau mula menangguhkan impian kita
atas alasan banyak perkara yang masih tergendala
dan atas alasan belum bersedia
sedang bila rindu kau kembali merayu
aku mula binggung
tersimpang antara dua
fitrah sayang dan fitrah orang berkasihan

kekasih
maka jalan terbaik telah ku perhitungkan
cukuplah sampai disini kita bersama
kita berpisah kerana pihak ketiga
cukuplah hati ini terluka

namun yang Satu itu tidak pernah melupakan hambaNya.
terkesima aku dalam solat
tersedar aku hampir terjerat
syukur,masih beroleh rahmat!

kekasih
aku sayang padamu
sayang sebermula Adam & Hawa
bak kekasih awal yang ditiup dengan rasa cinta
aku mahu juga kau jadi kekasih hingga nafas akhir

biar kita berpisah saja
perpisahan yang lebih berupa ruang dan masa
untuk kau berfikir penuh keinsafan
bahawa kasihku seputih kain kafan
jangan dinodai sebelum dikebumikan

kekasih
jangan kau fikir yang bukan-bukan
aku jatuh cinta bukan kesilapan
aku jatuh cinta kerana pertemuan kita ditakdirkan
aku mahu menyintai mu kerana Allah swt

kepada kekasih hatiku
suhaimi
aku amat-amat menyintai mu
sepenuh hati
tapi sayang
kesetiaan,kejujuran,keikhlasan
yang aku berikan
dipersia kan
aku redha dengan apa yang berlaku
sampai disini saja hubungan yang kita bina bersama
semoga kau berbahagia bersama insan
yang kau cintai dan semoga
kau beroleh hidayah untuk berubah menjadi seorang
yang lebih matang dalam menilai antara kaca dan permata
dan berubah lah untuk masa depan
dan jangan lupa jaga solat kerana tanpa solat hidup kita tak menentu
sekian wasalam...

Wednesday, June 15, 2011

KEBAHAGIAAN YANG DICARI BELUM KU TEMUI

(gambar hanya hiasan)

semua insan inginkan kebahagian dalam kehidupan,
tapi tidak semua yang di impikan menjadi kenyataan....
namun kita harus pasrah dengan segalanya...
menyayangi dan disayangi memang disukai oleh semua orang,
adakah aku boleh dapat semua itu?

betapa bertuahnya orang yang disayangi oleh insan lain....
yang boleh dijadikan teman sehidup semati..
bilakah aku dapat merasai disayangi sebegitu?
teringin sekali aku merasainya seperti pasangan bercinta yang lain...

hancur hati ini pabila mengetahui wujudnya orang ke3...
pedihnya hati ini tak terluah dengan kata,..
hanya linangan air mata yang bisa menyatakan....
betapa sakit jiwa ini menanggung kesedihan,kekecewaan....

aku tak mampu pergi jauh darimu andai diri ini tiada tempat di hatimu..
namun aku harus faham,cinta bukan boleh dipaksa...
dan cinta mu boleh berubah-rubah......
tapi aku ingin kau tahu...bahawa.....
aku hanya ada kamu dalam hati ku ini.....
namamu mekar dalam hatiku sentiasa.....
aku rindu kasihmu,aku rindu sayangmu.....

bilakah akan ku temui nya lagi?
bisakah kau dan aku bersatu selama nya?.....
ketahuilah cinta dan kasih sayang ku hanya pada mu....
aku berdoa padaMU ya Allah.,satukan lah hati kami ke jalan yang diredhai mu....
jauhilah daripada hasutan syaitan yang menyesatkan kami....
perjodohkan lah aku dengan dia ......amin

Akhirnya aku pilihanmu....
aku sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku...
aku harap apa yang berlaku biarkan..
mulakan hidup baru..


plz2 jangan biarkan hati ini sakit lagi

Sunday, May 15, 2011

WAHAI ANAK DENGAR LAH KELUHAN BONDA

aku petik dari metro online untuk dikongsi bersama rakan2.....



SEMPENA Hari Ibu, marilah wahai anak dengarlah suara hati ibumu ini: Wahai anakku, bertahun-tahun berlalu dan tahun itu adalah kebahagiaan dalam kehidupanku.

Satu ketika dulu doktor datang menyampaikan khabar berita kehamilanku, diri ini bercampur rasa gembira dan bahagia. Semenjak berita gembira itu, aku membawamu ke mana-mana saja selama sembilan bulan.
Tidur, berdiri, makan dan bernafas dalam kesulitan, tetapi semua itu tidak mengurangi cinta dan kasih sayangku kepadamu bahkan ia tumbuh bersama berjalannya waktu.

Aku mengandungkanmu, wahai anakku! Aku begitu gembira tatkala berasakan melihat terajang kakimu dan balikan badanmu di perutku.

Aku berasa puas setiap aku menimbang diriku kerana semakin hari semakin bertambah berat perutku bererti engkau sihat dalam rahimku.

Penderitaan yang berpanjangan menderaku, sampailah saat itu ketika fajar pada malam berkenaan aku tidak dapat tidur atau memejamkan mataku barang sekejap.

Aku berasakan sakit tidak tertahan dan rasa takut yang tidak dapat dilukiskan. Sakit itu terus berlanjutan sehingga membuat�ku tidak dapat lagi menangis.

Sebanyak itu pula aku melihat kematian menari-nari di pelupuk mataku hingga tibalah waktunya engkau keluar ke dunia. Engkau pun lahir...tangisanku bercampur dengan tangismu.

Semua itu, sirna keletihan dan kesedihan. Hilang semua sakit dan penderitaan malah kasihku padamu semakin bertambah dan bertambah.

Aku peluk dan cium dirimu sebelum meneguk satu titis air yang ada di kerongkonganku. Wahai anakku...sudah berlalu tahun daripada usiamu, aku membawamu dengan hatiku dan memandikanmu dengan kedua-dua tangan kasih sayangku.

Sari pati hidupku kuberikan kepadamu. Aku tidak tidur demi tidurmu, berletih demi kebahagiaanmu. Harapanku pada setiap hari; agar aku melihat senyumanmu.
Kebahagiaanku setiap saat adalah celotehmu dalam meminta sesuatu agar aku berbuat sesuatu untukmu...itulah kebahagiaanku!

Kemudian, berlalulah waktu.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Selama itu pula aku setia menjadi pelayanmu yang tidak pernah lalai, menjadi dayangmu yang tidak pernah berhenti, dan menjadi pekerjamu yang tidak pernah mengenal lelah serta mendoakan selalu kebaikan dan taufik untukmu.

Aku selalu memperhatikan dirimu hari demi hari hingga engkau menjadi dewasa. Badanmu yang tegap, kumis dan jambang tipis yang menghiasi wajahmu menambah ketampananmu.

Tatkala itu aku mulai melirik ke kiri dan ke kanan demi mencari pasangan hidupmu. Semakin dekat hari perkahwinanmu, semakin dekat pula hari kepergianmu.

Saat itu pula hatiku mulai serasa terhiris, air mataku mengalir, entah apa rasanya hati ini. Bahagia bercampur dengan duka, tangis bercampur pula dengan tawa.

Bahagia kerana engkau mendapatkan pasangan dan sedih kerana engkau pelipur hatiku akan berpisah denganku. Waktu berlalu seakan-akan aku menyeretnya dengan berat.

Kiranya setelah perkahwinan itu aku tidak lagi mengenal dirimu, senyummu yang selama ini menjadi pelipur duka dan kesedihan, sekarang sirna bagaikan matahari yang ditutupi kegelapan malam.

Tawamu selama ini ku jadikan buluh perindu, sekarang tenggelam seperti batu yang dijatuhkan ke dalam kolam yang hening, dengan dedaunan yang berguguran.

Aku benar-benar tidak mengenalmu lagi kerana engkau sudah melupakanku dan melupakan hakku. Terasa lama hari-hari yang ku lewati hanya untuk ingin melihat rupamu.

Detik demi detik ku hitung demi mendengarkan suaramu. Akan tetapi penantian ku rasakan sangat panjang. Aku selalu berdiri di pintu hanya untuk melihat dan menanti kedatanganmu.

Setiap kali berderit pintu aku menyangka engkaulah orang yang datang itu. Setiap kali telefon berdering aku rasa engkaulah yang menelefon.

Setiap suara kenderaan yang lewat aku rasa engkaulah yang datang. Akan tetapi, semua itu tidak ada. Penantianku sia-sia dan harapanku hancur berkeping.

Yang tersisa hanyalah kesedihan daripada semua keletihan yang selama ini kurasakan. Sambil menangisi diri dan nasib yang memang ditakdirkan oleh-Nya.

Anakku...ibumu ini tidaklah meminta banyak dan tidaklah menagih kepadamu yang bukan-bukan. Yang ibu pinta, jadikan ibumu sebagai sahabat dalam kehidupanmu.

Jadikanlah ibumu yang malang ini sebagai pembantu di rumahmu, agar dapat juga aku menatap wajahmu, agar Ibu teringat pula hari-hari bahagia masa kecilmu.

Dan Ibu memohon kepadamu: Nak! Janganlah engkau memasang jerat permusuhan denganku, jangan buang wajahmu ketika ibu hendak memandang wajahmu!

Yang ibu tagih kepadamu, jadikanlah rumah ibumu, satu tempat persinggahanmu agar engkau dapat sekali-kali singgah ke sana sekalipun hanya satu detik.

Jangan jadikan ia sebagai tempat sampah yang tidak pernah engkau kunjungi atau sekiranya terpaksa engkau datangi sambil engkau tutup hidungmu dan engkau pun berlalu pergi.

Wahai anakku, setiap kali aku mendengar engkau bahagia dengan hidupmu, setiap itu pula bertambah kebahagiaanku. Bagaimana tidak, engkau buah daripada kedua-dua tanganku, engkaulah hasil keletihanku.

Engkaulah laba daripada semua usahaku! Kiranya dosa apa yang kuperbuat sehingga engkau jadikan diriku musuh bebuyutanmu? Pernahkah aku berbuat khilaf dalam salah satu waktu selama bergaul denganmu atau pernahkah aku berbuat lalai dalam melayanimu?

Wahai anakku! Aku hanya ingin melihat wajahmu dan aku tidak mengingin yang lain. Wahai anakku! Hatiku terhiris, air mataku mengalir sedangkan engkau sihat.

Orang sering mengatakan engkau seorang lelaki baik, dermawan dan berbudi. Anakku...Tidak tersentuhkah hatimu terhadap seorang wanita tua yang lemah, tidak terenyuhkah jiwamu melihat orang tua renta ini, ia binasa dimakan rindu, berselimut�kan kesedihan dan berpakaian kedukaan?

Bukan kerana apa-apa? Akan tetapi hanya kerana engkau berhasil mengalirkan air matanya...Hanya kerana engkau membalas�nya dengan luka di hatinya... hanya kerana engkau pandai menikam dirinya dengan belati derhakamu tepat menghujam jantungnya...hanya kerana engkau berhasil pula memutuskan tali silaturahim?

Wahai anakku, ibumu inilah sebenarnya pintu syurga bagimu. Maka titilah jambatan itu menujunya, lewatilah jalannya dengan senyuman yang manis, pemaaf dan balas budi yang baik.

Semoga aku bertemu denganmu di sana dengan kasih sayang Allah seperti hadis: “Orang tua adalah pintu syurga yang di tengah.

“Sekiranya engkau mahu, maka sia-siakanlah pintu itu atau jagalah!” (Hadis riwayat Ahmad). Akan tetapi, anakku! Mungkin ada satu hadis yang terlupakan olehmu! Satu keutamaan besar kamu lalai iaitu Nabi s.a.w yang mulia bersabda: Daripada Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah, amal apa yang paling mulia?

Beliau berkata: “Solat pada waktunya”, aku bertanya: “Kemudian apa, wahai Rasulullah?” Beliau berkata: “Berbakti kepada kedua-dua orang tua”, dan aku bertanya: “Kemudian, wahai Rasulullah!” Beliau menjawab, “Jihad di jalan Allah”, lalu beliau diam. Sekiranya aku bertanya lagi, nescaya beliau akan menjawabnya. (Muttafaqun ‘alaih).

Anakku, yang aku cemaskan terhadapmu, yang aku takutkan bahawa jangan-jangan engkaulah yang dimaksudkan Nabi s.a.w dalam sabda�nya: “Merugilah seseorang, merugilah seseorang, merugilah seseorang”, Rasulullah ditanya: “Siapa dia, wahai Rasulullah?, Baginda menajwab: “Orang yang mendapatkan kedua-dua ayah ibunya ketika tua, dan tidak memasukkannya ke syurga.” (Hadis riwayat Muslim).

Anakku...Aku tidak akan angkat keluhan ini ke langit dan aku tidak adukan duka ini kepada Allah kerana sekiranya keluhan ini membumbung menembus awan, melewati pintu langit, maka akan menimpamu kebinasaan dan kesengsaraan yang tidak ada ubatnya serta tidak ada tabib yang dapat menyembuhkannya.

Aku tidak akan melakukannya, nak! Bagaimana aku melakukannya sedangkan engkau jantung hatiku... Bagaimana ibumu ini kuat menengadahkan tangannya ke langit sedangkan engkau adalah pelipur laraku.

Bagaimana ibu tegar melihatmu merana terkena doa mustajab, padahal engkau bagiku adalah kebahagiaan hidupku. Bangunlah, nak! Uban sudah mulai merambat di kepalamu.

Akan berlalu masa hingga engkau akan menjadi tua pula, dan engkau akan memetik sesuai dengan apa yang engkau tanam... Aku tidak ingin engkau nantinya menulis surat yang sama kepada anakmu, engkau tulis dengan air matamu sebagaimana aku menulisnya dengan air mata itu kepadamu.

Wahai anakku, bertakwalah kepada Allah dan pada ibumu, peganglah kakinya! Sesungguh�nya syurga di kakinya.

Sunday, May 8, 2011

to my loving one-Menyesal




Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

wat u waiting for?


Baby I never seen someone wit your body
You make me wanna get this party started
Hey baby come and tell me what’s the score
Baby baby tell me
What chu what chu waiting for

Baby I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come and get me it’s all yours
Baby baby tell me
What chu what chu waiting for


It’s your birthday so tell me what you wanna do

It’s my birthday I really wanna get with you

Drop the beat now and baby we can get it started

We’ll go insane and take it to the after party


So what’s your name
Hey baby what’s your name oh yeah

Sexy’s my name
Yeah sexy is my name

Ok and what’s your game
Hey baby what’s your game

Ok I like to play
I I like to play ay

Hey sexy girl from Kuala la la Lumpur

Hey baby that’s me
I’ll be on the dancefloor

I got chu a surprise
We’re poppin up in VIP

And if I ask nice can I take you home with me

Baby let’s get crazy
Come on loose control ol ol

We’re gonna tear up the after party
I know you want some more oh oh oh

I wanna see ya work that body
Drop it down real low low low

Hey baby come and get me
Tell me what chu what chu
What chu waiting for

lupus


What Is Lupus?

Lupus (pronounced: loo-pus) is a disease that involves the immune system and affects about 1.5 million Americans; nearly 90% of those diagnosed with the disease are female. Normally, a person's immune system works by producing immunity cells andantibodies, special substances that fight germs and infections.

But when a person has lupus, the immune system goes into overdrive and can't tell the difference between some of the body's normal, healthy cells and germs that can cause infection. So the immune system responds by making autoantibodies that attack the body's normal cells.

The three types of lupus are:

1. Systemic Lupus Erythematosus (pronounced: er-uh-thee-muh-toe-sus)

Also called SLE, this is the type of lupus that most people mean when they talk about the disease. It was given its name by a 19th century French doctor who thought that the facial rash of some people with lupus looked like the bite or scratch of a wolf ("lupus" is Latin for wolf and "erythematosus" is Latin for red).

SLE is the most serious form of lupus. Like Chantelle, about 15% of the people who have SLE first start to feel sick when they are teens. SLE can affect the skin, joints, and tendons. It may also affect organs like the brain, heart, lungs, and kidneys.

2. Cutaneous (or skin) Lupus

This type of lupus is a skin disease that causes a rash on the face, neck, scalp, and ears. There are two types of cutaneous lupus: discoid lupus erythematosus (DLE), which can cause scarring; and subacute cutaneous lupus erythematosus (SCLE), which doesn't cause scars. Discoid lupus is a much more rare form of lupus than SLE, although about 10% of people with discoid lupus will develop a mild form of SLE. It doesn't affect other body organs the way that SLE can.

3. Drug-Induced Lupus

This type of lupus is caused by a reaction to certain kinds of medicines. For example, some types of antiseizure medicines and acne medicines can cause this kind of lupus in teens. Drug-induced lupus is similar to SLE in the ways it affects the body, but once a person stops taking the medicine, the symptoms usually go away.


more info click here

Tuesday, May 3, 2011

everlasting LoVE

It looks like heaven to see you walk
To see the way you're moving on
Sounds like an angel when you talk
The words come out like in a song
Never thought what love could do inside
You're the place where I can hide

It feels like heaven to be with you
When you treat me like you do
Every minute of the day
Just with you I wanna stay
There will be no end....

We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time

Could draw a picture just by heart
The wave every line on your face
You stopped me doing from the start
All the things I used to chase

Every minute of the day
Just with you I wanna stay
There will be no end

We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time

Should you ever
Have any doubt bout you and me
Please don't ever
No love never
Don't hesitate to tell me how it should be

We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time

love you so much!!!!probably will not be together, I just have you in my heart even though you did not know I love you

Monday, May 2, 2011

semalam


isnin adalah cuti ganti hari pekerja,tergerak hati nak pergi rumah pakcik area cheras,
lama tak jumpa dengan famili pakcik walaupun dekat tp jarang pegi,kebetulan adik baru lepas operation cyst,aku pergi pun dengan niat nak tolong yang termampu lah,alhamdulillah lepas operation tu keadaan adik dah sihat dan ceria,sama seperti dulu,mulut murai...heeee
sembang-sembang dengan pakcik and makcik diorang ada cakap nak amek insurans untuk adik iqmal tapi kebanyakan company tak cover,yelah dia dah buat operation mstlah company mana-mana insurans tak cover,kalau dia amek masa belum sakit baru boleh cover,aku terlambat pergi jumpa,kalau tak mesti aku dapat tolong dia..tak apa lah jadikan pengajaran lah,aku memang suka berlengah2 kan masa untuk membantu orang,orang tak sakit tak nampak,bila sakit baru nak cari insurans,kalau boleh sebelum sakit lah kena amek insurans awal2,amek insurans nie bukan bermakna kita berdoa untuk sakit,amek insurans ini salah satu perancangan dalam hidup di mana kita sediakan payung sebelum hujan,kalau tak berlaku apa2 dalam hidup,Alhamdulillah,bersyukur sangat2 tetapi sekiranya berlaku sebaliknya?macam mana?sama juga kita buat simpanan untuk anak2,kenapa kita buat simpanan untuk anak2?kenapa itu boleh kita beringat?kenapa insurans kita abaikan?persoalan,,tanya diri sendiri.....

semua company insurans sama saja,tak ada yang menipu sebenarnya,sekarang ni masalah berpunca dari agent dan juga pembeli insurans,agent akan cakap apa saja untuk mereka dapat duit tapi pembeli kena tahu insurans apa yang mereka amek dan apa yang ditanggung,perkataan "semua ditanggung" tu pembeli kena tanya agent lebih lanjut lagi untuk mengelakkan salah faham dikemudian hari,kadang2 agent beranggapan pembeli dah tahu sebab pembeli hanya anggukkan kepala tanda faham tetapi tak faham tapi tak mahu bertanya,so di masa akan datang jika pembeli membuat claim kalau disitu ada masalah mulalah pembeli nak menunding jari kat company insurans dan agent,so apa yang boleh saya kata kan tepuk dada tanya selera lah...apa2 boleh contct saya untuk berkongsi apa saja,saya berkongsi apa yang saya tahu,dan yang tak tau sama-sama belajar yea,kalau salah tegur2 lah...sekian,

Wednesday, April 27, 2011

opEn HouSE RumaH Bos TahUn 200




Wif Kak NanA

Kak IdA & kAk SueE

nYam...nYAm KetupAT!!!

CatH~kAk ZuRa~Kak NaNA~& Me..

Kak Ida~kak zuRA~Kak Nana~Me& Kak Sue
peace!!!!

Just Leave Memory!!!)

at tasek putrajaya

bersantai....

fren forever!!!!InsyaALLAH...

Stress at Work


HOW TO REDUCE AND MANAGE JOB AND WORKPLACE STRESS

Coping with Stress: Management and Reduction Techniques

In this difficult economy, you may find it harder than ever to cope with challenges on the job. Both the stress we take with us when we go to work and the stress that awaits us on the job are on the rise – and employers, managers, and workers all feel the added pressure. While some stress is a normal part of life, excessive stress interferes with your productivity and reduces your physical and emotional health, so it’s important to find ways to keep it under control. Fortunately, there is a lot that you can do to manage and reduce stress at work.


Time management tips for reducing job stress

  • Create a balanced schedule. Analyze your schedule, responsibilities, and daily tasks. All work and no play is a recipe for burnout. Try to find a balance between work and family life, social activities and solitary pursuits, daily responsibilities and downtime.
  • Don’t over-commit yourself. Avoid scheduling things back-to-back or trying to fit too much into one day. All too often, we underestimate how long things will take. If you've got too much on your plate, distinguish between the "shoulds" and the "musts." Drop tasks that aren't truly necessary to the bottom of the list or eliminate them entirely.
  • Try to leave earlier in the morning. Even 10-15 minutes can make the difference between frantically rushing to your desk and having time to ease into your day. Don’t add to your stress levels by running late.
  • Plan regular breaks. Make sure to take short breaks throughout the day to sit back and clear your mind. Also try to get away from your desk for lunch. Stepping away from work to briefly relax and recharge will help you be more, not less, productive.

Task management tips for reducing job stress

  • Prioritize tasks. Make a list of tasks you have to do, and tackle them in order of importance. Do the high-priority items first. If you have something particularly unpleasant to do, get it over with early. The rest of your day will be more pleasant as a result.
  • Break projects into small steps. If a large project seems overwhelming, make a step-by-step plan. Focus on one manageable step at a time, rather than taking on everything at once.
  • Delegate responsibility. You don’t have to do it all yourself, whether at home, school, or on the job. If other people can take care of the task, why not let them? Let go of the desire to control or oversee every little step. You’ll be letting go of unnecessary stress in the process.
For more details about stress click here

DIET aND nUTrITIon






Diet & Nutrition

Understanding Bipolar Disorder

Healthy eating begins with learning how to "eat smart"—it’s not just what you eat, but how you eat. Your food choices can reduce your risk of illnesses such as heart disease, cancer, and diabetes, as well increase your energy, stabilize your weight, and boost your mood.