Pada 20-23 April Aku Menghadiri Kursus Kepimpinan & Intergiti
Bertempat di the Regency Tanjung Tuan,PD....
20 April 2011
3pm aku sampai disekitar the regency,lapor diri dan terus masuk hall
bermula lah kursus aku yang sempoi oleh konsultan kami dari husim konsultan,
start dengan ice-braeking bersama En.Fauzan,sangat best time tue...
6pm makan malam bersama,seterusnya berehat seketika sementara sesi malam.
8.30pm start konsultan memberi penerangan tentang 3I,3S,3A...Dan praktikal,
kelas tidak membosankan malah amat enjoy disamping dapat ilmu, dan dapat tenangkan fikiran,
21 April 2011
5.30am kami sembahyang subuh berjemaah dan mendengar kuliah subuh,pengisian kuliah itu berkaitan dengan kursus yang kami hadiri itu,
7.20am Kami melalukan senaman pagi,senamrobik,sangat best
sambil senaman sambil menghirup udara pantai yang bersih dan menyamankan,.....
alangkah seronoknya masa itu,semua masalah dapat dilupakan buat seketika....
bersenam sambil mendengar deruan ombak dan angin sepoi-sepoi bahasa,bayangkan lah...hehe
8.00am selepas bersenam,kami semua sarapan pagi dicafe...
menu pagi itu nasi lemak,nasi goreng,roti bakar,sosej,coco cruch with milk,
makan ditepi pool and pantai...lamanya aku xberada macam itu,memang masa yang tepat lah
setelah kepala ku sakit berada di pejabat seharian,sesekali bersantai macam itu sangat best,
aku gunakan masa kursus sebaik mungkin untuk mengurangkan stress yang selama ini aku tanggung....Stress paling berbahaya sekali,sebab stress macam2 boleh jadi.
9.15am kami semua masuk ke kelas kembali untuk mendengar taklimat tentang aktiviti seterusnya tetapi aktiviti hari ni kami hanya memakai pakaian sukan kerana kami akan melakukan aktiviti explorace sepanjang lukut ke teluk kemang,memang best lah, seperti biasa aku enjoy dan melupakan segala hal di Kuala Lumpur dan hanya tumpukan pada aktiviti kami disana,sebelum berlepas kami dikehendaki mengikat semua ahli kumpulan seramai 8orang satu group dengan benang jahitan yang sangat kecil tu,dan berjalan ke tepian pantai dan jangan putus,kemudian setiap kumpulan kena makan telur mentah...wuekkkk aku dah xboleh tahan,xlalu...wakil group aku ialah Kak Ekin Dan En.Nasir,dan kulit kena simpan jangan pecah,.
11.00am kami dilepaskan untuk aktiviti xplorace,kami tidak dibenarkan bawa kenderaan sendiri dan kena menahan lori sayur untuk dinaiki seramai 8orang menuju ke check point yang di berikan melalui pesanan Ringkas SMS oleh konsultan,fuuhhhh memang best lah,panas terik kami tak peduli janji misi kami untuk berjaya,kami harungi pelbagai rintangan dan halangan selain menaiki lori yang tak pernah dinaiki,kami berpeluang naiki go kart,sangat best!!!!
group kami terdapat seorang ibu mengandung dan seorang lagi beberapa bulan lagi nak pencen dan mengalami tekanan darah tinggi yang tak boleh terlalu aktif jadi kami menahan pelbagai kenderaan untuk mempercepatkan dan meringankan perjalanan kami
5.00pm kami selesai sampai ke tempat penginapan kami semula dan selepas minum petang kami semua mandi dan beriadah .aktiviti bebas,aku mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di tepi pantai melihat alam ciptaan ALLAH s.w.t yang sangat indah,melihat matahari tengelam wah sangat cantik,seronok sangat walaupun aku sorang-sorang di tepi pantai tapi LAYANNNnnnn.....hehehe
8.30pm seperti biasa ,kelas bermula tapi sangat santai bersama Tuan Haji Husim,konsultan kami,.malam itu kami menceritakan pengalaman kami mengikuti xplorace itu dan Tuan Hj Husim menceritakan kaitan nya xtiviti tersebut dengan kursus yang kami hadiri,sangat best dan inilah kursus yang paling best yang pernah aku hadiri sepanjang berkhidmat di sini...
23 April 2011
11.00am
kami bersiap-siap untuk pulang,aku dapat memanfaatkan banyak ilmu dari kursus yang aku hadiri ini,tak sia-sia aku pegi.memang best..
Amboi... tak tahan.. terus update.. mana gambo nyer? tak saba nk tgk ni.. mana? mana?
ReplyDelete