loV3

loVv


Saturday, April 2, 2011

Jika Tiada Kerja

Bismillahirrahmanirrahim.....

“Boringnyer…….!!!!”

Ehem..tak ada kerja boleh menyebabkan kita mengeluh panjang. Tapi yang peliknya, bila ada kerja, dikeluhnya kerja terlalu banyak, bila tiada kerja dikeluhnya pula bosan dan sebagainya. Namun di mana-mana pun kita perhati, ramai orang lebih suka duduk saja dari bekerja.

Mari kita semak balik corak hidup kita. Orang yang berjaya bukan main lagi cari masa lapang untuk melakukan rancangan masa depan, kerja-kerja yang mereka minati dan sebagainya. Sebaliknya kita yang banyak masa ni asyik dok main games, facebook, chatting, menonton TV, lepak, keluar minum 3-4 jam, tidur dan macam-macam lagi.

Cat-Playing-Video-Games copy

Agaknya sampai bila kita nak hidup macam ni? Tak ada orang kata salah (mungkin), tapi tak rasa bersalah dengan diri sendiri ker? Kita hidup mungkin tak lama, tapi mungkin juga lama. Jika jangka hayat kita pendek, gunakanlah masa sebaik-baiknya untuk berbakti kepada masyarakat. Cara paling mudah seperti menulis buku yang bermanfaat. Kalau tak pandai, belajar! Bukan lepak, tengok TV atau main games jer.

Jika hayat kita panjang, bagaimana pula dengan rancangan masa depan? Dah selesa dengan keadaan sekarang ke? Mungkin keadaan kita sekarang mencukupi dengan tanggungan kita sekarang, tapi siapa tahu apa akan jadi akan datang? Dah ada rancangan? Dah ada planning? Ehem..saya tak marah siapa-siapa ni, saya tengah nasihat diri sendiri jer (kalau ada yang terkena tu, padan muka! hahaha)

Ramai diantara kita yang hanya tunggu untuk disuapkan saja. Bila orang beri itu, kita buat itu, bila orang beri ini, kita buat ini. Bila agaknya masyarakat kita nak ada anasiatif sendiri sebagai individu yang berkaliber? Boleh berfikir, bertindak dan memartabatkan diri sendiri?

Kira ok lagi la sebab buat, malangnya masih ramai yang dah disuapkan pun tak nak mengunyah sendiri! Kena tanya setakat mana dah kerja yang dibuat, kena suruh, kena marah-marah, kena beri semangat dan macam-macam lagi. Disuapkan satu hal, diberi peringatan satu hal lagi, yang tak tahan tu siap bagi macam-macam alasan pulak!

Tolonglah..kita sekarang hidup dalam zaman serba pantas. Jika kita tidak bertindak untuk melakukan sesuatu, orang lain akan ‘potong’ kita sekelip mata saja. Apa yang kita tidak pandai, mulakan dengan BELAJAR dari sekarang! Apa yang kita dah tahu, mula BUAT TINDAKAN walaupun tidak tahu akan berjaya atau tidak! Sekurang-kurangnya kita telah lakukan SESUATU!

Orang berjaya lepak, tengok TV, main games, chatting dan sebagainya adalah untuk menghilangkan tension atau sebagai hobi yang jarang-jarang saja mereka lakukan. Sebaliknya kita lakukan perkara yang tidak bermanfaat itu berhari-hari sebagai amalan. Tanya diri sendiri dua perkara ini:

“Adakah perkara yang aku lakukan sekarang adalah perkara yang PALING PERLU aku lakukan SEKARANG?”

“Apakah perkara yang aku LAKUKAN SEKARANG menyumbang ke arah KEJAYAAN AKU DIMASA DEPAN?”

main-games

Fikir..fikir…fikir….

Wallahualam.....

No comments:

Post a Comment