Saya kongsikan kisah ini sekadar untuk hiburan di kala kebosanan. Dihujung cerita, saya coretkan beberapa pengajaran untuk kita sama-sama ambil pengajaran dari cerita ini.
Seorang boss mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya. Suatu hari, selesai waktu pejabat, mereka terus ke rumah setiausaha tersebut. Mereka bergurau senda, bermesra, dan ber’ehem’ ehem’…(faham2 aje lah), sampai akhirnya mereka tertidur.
Boss tersebut tersedar pada jam 10 malam. Kelam kabut dia menyarung kembali pakaiannya. Pasti isterinya akan bertanya ke mana dia pergi. Dengan lantasnya dia menyuruh setiausahanya membawa kasutnya keluar, mengotorkan kasut itu dengan rumput dan lumpur. Selepas menyarung kasutnya yang kotor itu, boss itu pun segera pulang ke rumah.
Di rumah, isterinya sedang menunggu di muka pintu dengan muka yang marah…
“Ke mana abang pergi hah?..malam baru ingat nak balik?!”
“Abang tak mahu berbohong…sebenarnya abang ada hubungan sulit dengan setiausaha abang. Abang ke rumahnya tadi. Kami tertidur sehingga malam.” , jelas boss itu, menceritakan hal yang sebenarnya.
Si isteri memandang dari atas ke bawah. Dia terpandang kasut suaminya yang kotor.
“Abang bohonggg!!!” Ni mesti abang pergi main golf la kan?….”
- Jangan sekali-kali berzina kerana ia adalah DOSA BESAR. Hukuman rejam sampai mati bagi orang kahwin yang berzina.
- Jangan tipu @ bohong dalam apa jua keadaan kerana ia adalah satu dosa. Allah murka pada orang yang menipu.
- Jangan balik lambat ke rumah kalau tiada apa-apa hal yang penting. Ingat, anak dan isteri anda setia menanti anda di rumah. Pulanglah segera menemui mereka kerana mereka sentiasa merindui dan memerlukan anda.
- Isteri jangan tengking @ marah suami sangat. Kalau ya pun suami ada buat silap, cakap dengan baik dan cari masa yang sesuai.
No comments:
Post a Comment