loV3

loVv


Tuesday, April 5, 2011

Lelaki kena kahwin 3 baru OK?


Lelaki kena kahwin 3 baru OK?

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Berikut adalah perbualan antara si suami dan si isteri.

  • Suami : Lelaki kawin 3 baru lah SAH

Isteri : Kenapa pula?

  • Suami : Cuba awak terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two dan “tiga” is three (isteri). Haa, baru betul dan sah!

Isteri : Tapi abang kena faham grammar Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”.

"Kalau dua, ia adalah plural"

  • Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu kan “Singular”; dua atau lebih dinamakan “Plural”.

  • Suami : Contohnya?

Isteri : Kalau sebuah kereta, ia adalah singular. Kita cakap “One car”. Kalau 2 kereta, jadi “Two carS” sebagai plural. Nampak tak bezanya?

  • Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural kan?

Isteri : Betul tu. Pandai abang. So, sama juga la untuk abang.

  • Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri adalah plural, jadi abang MAMPU. Jika dua isteri dah jadi plural bang. Maka tambahkan saja “S”. Abang MAMPUS lah kalau nak dua atau lebih 1 isteri.

Selepas dari perbualan itu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi satu kepada isterinya. huhuhu

No comments:

Post a Comment